Jualan Mega Mampu Rancakkan Aliran Tunai Dan Kukuhkan Ekonomi

Oleh Editor / Siaran pada Tuesday, 20 Jan 2015 12:10 PM / Tiada komen / 1543 lihat

sale4Kuala Lumpur – Kekerapan jualan mega dilihat mampu merancakkan aliran tunai, sekaligus mengukuhkan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata para peniaga dalam industri peruncitan dan pasaraya besar perlu menawarkan harga murah bagi menarik pengguna untuk berbelanja.

“KPDNKK menggalakkan peniaga membuat penurunan harga atau jualan mega, ia akan menarik lebih banyak pembeli dalam kalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khasnya hari ini, iaitu kerajaan akan meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara dan mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia.

Hasan menyifatkan langkah kerajaan itu efektif dalam memastikan industri runcit dan pasaraya besar terus berkembang dan mencatat pertumbuhan menggalakkan.

Sehubungan itu Hasan berkata KPDNKK turut merancang beberapa pendekatan yang sejajar dengan hasrat kerajaan itu termasuk melipatgandakan kempen penurunan harga, kempen barangan buatan Malaysia dan kempen jualan murah.

Komen

komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>